Kanak-kanak fasih dalam Bahasa Inggeris sudah menjadi kebiasaan, namun jarang untuk kita melihat kanak-kanak yang fasih dalam Bahasa Arab. Kelebihan menguasai bahasa asing merupakan satu kelebihan yang amat berguna di masa akan datang. Video melalui Twitter Munirdinie menunjukkan seorang budak lelaki yang fasih berkomunikasi dalam Bahasa Arab bersama pelancong asing. Cara dia menerangkan ikan dalam kolam tersebut sungguh lancar dan menarik perhatian pengunjung.
Boleh bersembang dan melawak dalam bahasa arab
— munirdinie (@munirdinie1) April 10, 2019
Klip video tersebut menyaksikan budak lelaki itu dengan bersahaja berbual dengan pasangan pelancong dari Arab. Bukan setakat bersembang mengenai ikan, dia turut mampu membuat lawak dalam Bahasa Arab.
Netizen memuji kelebihan budak lelaki itu
Sumber: Munirdinie