Susulan pendedahan yang dibuat pelakon Zarina Anjoulie mengenai sikap sebenar, Fathia Latiff dilihat tidak mendiamkan diri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Samakan Wajah Zahirah Macwilson Macam Amah, Fathia Latiff Tak Takut Disaman – ‘Bibik Dekat Hotel Lagi Lawa’
Artikel Berkaitan: Muat Naik Foto & Tanya ‘Ko Pernah Menang Award Tak?’, Netizen Minta Fathia Latiff Jadi Matang
Perangai macam makcik bedah
Menerusi Instagram Stories, Fathia berang dengan tindakan Zarina atau lebih mesra disapa Anju yang masuk campur dengan isunya melabelkan wajah aktres Zahirah MacWilson seperti bibik.
Fathia, 38, menyifatkan Anju sengaja mengejar populariti dengan menumpang kontroversi yang sedang melanda dirinya.
Aku nak cakap dengan kau. Apa jadi dengan aku? Aku okey saja sekarang ini. You are the ugliest life I’ve seen in my life. Honestly! Aku tak menipu, aku tak fake.
Kau baru balik umrah tapi perangai macam sial. Aku yang tak pergi umrah ini doa agar hidup kau sengsara (miserable).
Masalahnya kenapa kau kena masuk campur? Macam kau gila glamour. Macam Makcik Bedah.
Umur kau 39 tahun tapi you act macam umur 40 atau 45 tahun. Kau macam perempuan murahan yang tiba-tiba nak sibuk hal aku. Bukan nak backup aku.
Body shaming Anju
Bukan itu saja, pemilik nama Nur Fathia Abdul Latiff juga menghina fizikal (body shaming) Anju.
Tolong la malu sikit dekat anak kau. Aku memang geram.
Dengan hidung kau buruk panjang, dengan gigi taring. Ingat kau hot sangat? Kau punya bontot pun fake.
Mai la gaduh dengan aku. Sini datang jumpa aku.
Terdahulu, Fathia mendakwa Zahirah melakukan pembedahan plastik di bibirnya dan mengatakan dia lebih jelita.
Fathia juga bersyukur kerana tidak berkahwin dengan Aiman Hakim Ridza kerana didakwa aktor itu tidak memiliki wang.
Sumber: Instagram