berita

[VIDEO] Fatin Afeefa Tayang Duit Ikat Pakai Getah, Netizen Risau Jadi Mangsa Ragut

August 6th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Fatin Afeefa ikat duit RM50

Tindakan pelakon dan usahawan Fatin Afeefa membenarkan beg tangannya jenama Chanel diselongkar oleh seorang individu untuk dirakam dan dimuat naik di media sosial menjadi bualan hangat warganet.

Artikel berkaitan : Fatin Afeefa Kongsi Video Nikah, Peminat Tumpang Rasa Bahagia – ‘Allah Dah Bagi Yang Lebih Baik’

Artikel berkaitan: [VIDEO] Tunjuk ‘Love Bite’ Dalam Live, Suami Fatin Afeefa Akui ‘Lazat’ – ‘Dah Kahwin Okay Lah Nampak Bahagia’

Tayang seikat duit

Fatin Afeefa duit banyak

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Fatin dilihat berkongsi barang yang dibawa dalam tas mewah berwarna hitam itu. Antaranya adalah ubat tahan muntah, resit bayaran, pin tudung dan card holder.

Namun, bukan itu yang menjadi sorotan sebaliknya secekak duit yang diikat menggunakan getah. Menurut aktres berumur 29 tahun itu, dia tidak mempunyai dompet untuk menyimpan wang ringgit.

Saya tak ada dompet, semua duit saya ikat dengan getah. Ulang tahun kelahiran saya bulan tujuh, kalau nak hadiah boleh beri dompet.

Selain itu, pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin turut menayang cincin kahwin dan jam tangan namun menyerahkan kepada netizen untuk mencari harga perhiasan tersebut.

Jam boleh google, jangan rompak saya.

Diperhati oleh kaki ragut

Fatin Afeefa duit

Fatin Afeefa seikat duit

Di ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan konten itu telah membahayakan keselamatan ibu kepada dua cahaya mata. Kata mereka, Fatin tercenderung untuk menjadi mangsa penjenayah di luar sana.

Sekadar info, Fatin berkahwin dengan usahawan, Opai atau nama sebenarnya Aliff Awang pada 30 Disember 2022.

Terdahulu, pelakon filem Tentang Bulan pernah berkahwin dengan pelakon, Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai pada 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia yang kini berusia tujuh tahun.

Sebelum berkahwin dengan Adam, Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian, 10, hasil perkahwinan sebelum itu.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×