Hantaran terbaharu pelakon kacak, Fattah Amin di media sosial sekali lagi mencuri tumpuan ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Terserempak Dengan Fattah Amin Di Surau, Netizen Sayu Tengok – ‘Mungkin Hanya Pada Allah Tempat Dia Untuk Mengadu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Salah Nak Rasa Nikmat Dunia, Asalkan Kita Seimbangkan Dengan Akhirat’ – Fattah Amin
Kongsi ‘quote’
@fattahamin
Menerusi hantaran di TikTok, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin, memuat naik video yang memaparkan dirinya sedang berada di luar negara.
Pada hantaran yang sama, aktor berusia 35 tahun itu turut berkongsi kata-kata hikmah tentang kehidupan.
Segalanya di dunia ini bersifat sementara. Hidup berubah, orang datang dan pergi.
Dan sesuatu musim tidak pernah lama.
Jadi apa pun yang dialami saat ini, selalu ingat bahawa situasi saat ini, bukanlah tujuaan akhir.
Jangan pernah menyerah.
Sokongan netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyatakan sokongan mereka terhadap pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu.
Dalam masa yang sama, mereka turut menasihati Fattah supaya tabah menghadapi ujian hidup dan menguatkan diri demi masa depan yang lebih baik.
Sumber: TikTok Fattah Amin