Pelakon kacak, Fattah Amin menafikan dakwaan bekas isteri yang juga merupakan aktres, Fazura berlakunya curang dalam perkahwinan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Fattah Berlaku Curang, Saya Ada Bukti’ – Fazura Dedah Sudah Dua Tahun Hidup Sengsara
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah, Fazura Sah Bercerai Talak Satu Selepas 7 Tahun Berkahwin
Nafi dakwaan curang
Ketika ditemui OhBulan!, Fattah, 34, menegaskan dia tidak pernah menduakan Fazura seperti yang didakwa berlaku pada Ogos tahun ini.
Saya menafikan dakwaan tersebut. Peguam dia pun dah cakap tiada berlaku curang.. Kenapa tiba-tiba timbul?
Itu semua saya nafikan. Saya nafikan, semua itu tak betul (curang dan tidak memberi nafkah). Saya ada bukti.
Fattah berkata demikian sejurus sah bercerai, hari ini, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Tambah pemilik nama Abdul Fattah Abdul Amin, tohmahan yang dilemparkan Fazura semata untuk memalukan dirinya serta merosakkan nama baik.
Tohmahan itu untuk memalukan saya, mencemarkan nama baik saya. Sedangkan kami dah ada perjanjian sebelum saya lafaz talak tadi.
Bila ada perjanjian, kami masing-masing perlu menjaga nama baik, tidak mencemarkan nama. Itu perjanjian yang sudah ditandatangani bersama.
Dalam pada itu, Fattah turut meluahkan rasa sedih dan terkejut apabila Fazura tergamak untuk mengeluarkan kenyataan seperti itu.
Saya agak terkejut kenapa tiba-tiba ada kenyataan begitu daripada dia.
Saya sedih sebenarnya. Macam yang difailkan, tiada persefahaman. Itu sahaja. Kes curang tiada.
Video
@ohbulanofficial Replying to @the.catkbeauty Fattah masih sayangkan dia ??#ohbulan #fyp #terkini #news #fattahamin #sayangkan #fazura
Terdahulu, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Isnin.
Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45pagi.
Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.