Pelakon Nur Fazura mendakwa bekas suami, aktor Fattah Amin tidak pernah melakukan sebarang usaha untuk menyelamatkan rumah tangga sepanjang tempoh dua bulan mereka tidak tinggal sebumbung.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Terus Kunci Mulut, Enggan Ulas Dakwaan Fattah Amin Curang
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tidak Terjadi Lafaz Talak Hari Ini, Jodoh Takdir Ilahi’ – Fattah Amin
Tak pernah berusaha
Mengakui hati sudah remuk, Fazura, 41, berkata, dia sering berdoa kepada Ilahi agar bekas suami datang memujuk dirinya.
Sudah dua bulan kami tidak tinggal sebumbung. Tapi dalam tempoh itu saya harap dia datang pujuk, namun tiada pun Whatsapp atau ucapan ‘im sorry’.
Sebagai seorang isteri adakala berasa marah, tetapi saya berharap dia datang dan pujuk. Saya bercakap benar, Allah tahu saya tidak menipu.
Dia datang rumah dua kali untuk jumpa anak. Ada sekali dia datang waktu saya failkan perceraian dan datang sebelum kami bercerai untuk ambil baju. Tetapi waktu itu saya tiada di rumah.
Hati saya remuk, saya berdoa kepada Allah dia datang untuk pujuk. Mungkin kalau dia pujuk saya akan berlembut hati dalam tempoh dua bulan itu. Tapi tiada langsung inisiatif yang dia buat menunjukkan dia benar-benar sayang saya.
Fazura berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari sejurus Fattah melafazkan cerai talak satu pada jam 9.45 pagi Isnin.
Tak tanya khabar
@ohbulanofficial Replying to @kakkema Fazura juga hadiahkan kenderaan Range Rover untuk Fattah untuk keselesaan dia ?#ohbulan #fyp #news #terkini #fazura #korbankan #segalanya #untuk #fattahamin
Dalam pada itu, Fazura turut mendakwa keluarga mentua tidak menghubungi dirinya untuk bertanya khabar sepanjang kemelut rumah tangga berlaku.
Saya memang sayangkan keluarga mentua macam keluarga saya sendiri. Tapi saya agak terkilan langsung tiada di antara mereka yang hubungi untuk bertanya khabar saya dan Fatima. Apa pun saya sudah maafkan mereka.
Banyak usaha saya lakukan untuk selamatkan rumah tangga. Sebab lama saya bertahan cuma tidak tunjuk di sosial media. Orang nampak saya gembira tetapi Allah sahaja tahu mental saya tertekan.
Terdahulu, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu dan lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45pagi.
Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.