Pengacara Fedtri Yahya mengimbau kembali momen ketika dia mengacarakan majlis pernikahan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Jiwa pada 18 tahun lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Keterujaan Aafiyah Di Konsert, Masih Belum Terfikir Bawa Anak Serius Dalam Muzik – ‘Next Concert Ibu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ayah Pilih Wanita Yang Tepat, Mak Iti Betul-Betul Korbankan Jiwa & Raga’ – Asyraf Khalid
Pengalaman berharga
Menerusi perkongsian di TikTok, Fedtri menyifatkan peluang tersebut sebagai satu pengalaman yang berharga meskipun ketika itu dia baru sahaja menceburi bidang penyiaran.
21 Ogos 2006, diberi kepercayaan untuk mengacarakan pernikahan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Jiwa.
Pengalaman yang berharga pada usia setahun jagung dalam bidang penyiaran. Berganding pula dengan senior berwibawa, Azizah Ariffin.
Menerusi video yang dimuat naik, Fedtri dilihat mengenakan busana baju melayu berwarna biru lengkap bersampin dan bersongkok, manakala hos gandingannya, Azizah mengenakan baju kurung berona merah jambu.
Majlis pernikahan pasangan tersebut berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dipancarkan secara langsung di kaca televisyen.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya turut mengimbau detik bermakna buat Siti dan Datuk K yang ketika itu mencetuskan fenomena di seluruh negara.
Imbas kembali, Siti dan Datuk K mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah, 6, dan Muhammad Afwa, 4.
Video
@fedtriyahya 21.8.2006 – diberi kepercayaan untuk mengacarakan pernikahan #sitinurhaliza ? original sound – Fedtri Yahya
Sumber: TikTok