Penyampai radio, Feeya Iskandar dilihat aktif menjual tudung sejak kebelakangan ini di media sosial. Berikutan daripada itu, segelintir individu mula menanyakan beberapa soalan kepada Feeya terutama mengenai gaji yang diterima olehnya sebagai penyampai radio.
Artikel Berkaitan: Feeya Iskandar Tetap Teruskan Tradisi Arwah Ibu Mentua – ‘Suasana Pilu Itu Pasti Ada’
Artikel Berkaitan: Feeya Iskandar Sebak Kehilangan Ibu Mentua – ‘Sepanjang Jadi Menantu Saya Tak Pernah Berbalah Dengan Dia’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Akui Kesilapan Saya Tetapi Bukan Sengaja Nak Tinggalkan Anak’ – Cik Piah
Tidak cukup ke?
Menurut Feeya atau lebih mesra disapa sebagai Cik Piah, dia berasa sebak apabila ada yang menanyakan soalan seperti itu. Ujar Cik Piah, zaman sekarang tidak boleh selesa dengan satu pekerjaan sahaja. Sekiranya mahu pendapatan yang lebih, seseorang itu perlu berusaha lebih.
Saja nak suruh kita menangis. Bukan gaji penyampai radio tak cukup. Kita tak boleh selesa dengan satu pekerjaan sahaja. Kalau kita nak pendapatan lebih kita kena usaha lebih.
Sedih cakap macam itu, bukan soal cukup atau tidak. Ini soal rezeki.
Tambah Cik Piah, dia berterima kasih kepada semua yang menyokong perniagaannya.
Semoga yang baik berbalik pada semua.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Cik Piah. Rezeki tidak akan datang bergolek kalau tidak mempunyai usaha.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Feeya Iskandar