berita

[VIDEO] Feri Bawa 50 Penumpang Terbakar Selepas 10 Minit Berlepas Dari Jeti

February 25th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Menerusi Berita Harian, sebuah feri penumpang dalam perjalanan dari jeti pekan Kuah ke Kuala Perlis dijilat api selepas baru sepuluh minit berlepas dari jeti. Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Kedah kejadian berlaku kira-kira pada jam 3 petang tadi.

Menerusi Twitter, wartawan TV3 Kumaran Rajamoney mengatakan 52 orang mangsa telah berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan dan usaha memadam feri tersebut masih diteruskan.

Video feri terbakar

Kesemua penumpang berjaya diselamatkan

Menurut Utusan Online, kesemua penumpang feri tersebut berjaya diselamatkan selepas beberapa bot nelayan dan bot pelancong yang berhampiran menyedari kejadian itu.

Maklumat awal mendapati, terdapat mangsa yang bertindak terjun ke laut untuk menyelamatkan diri, punca kejadian masih dalam siasatan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Kedah berkata bahawa pihaknya telah menerima panggilan kecemasan jam 2.48 petang dan terus segera ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira tiga kilometer dari pantai.

Sumber: Berita Harian, Kumaran Rajamoney, Utusan Online

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×