Niat mulia seorang lelaki yang membantu mengalihkan serpihan tayar pecah di tengah lebuhraya ditegur orang ramai. Walaupun niatnya murni untuk membantu pengguna jalan raya yang lain, namun tindakannya itu mengundang bahaya kepada diri sendiri.
Pengguna Twitter Miera Zainuddin, berkongsi rakaman video suaminya yang sedang mengalihkan serpihan tayar pecah di tengah lebuhraya. Rata-rata netizen menegur tindakan suaminya itu dan menasihati agar menghubungi pihak lebuhraya untuk melakukannya.
Alihkan serpihan tayar tengah lebuhraya
Ya allah husband i ni. Berhenti kereta sb nk alihkan tayar i punya la berdebar dah la kereta laju2…allahu pic.twitter.com/lJiZvoLbXf
— ? Mishmiera ? (@Miera_zainuddin) July 4, 2020
Menerusi video tersebut, suaminya mengambil risiko demi mengalihkan serpihan tayar yang berada di tengah-tengah lebuhraya. Beberapa kenderaan lain turut dilihat memperlahankan kenderaan untuk memberinya laluan. Tindakannya itu agak merbahaya dan orang ramai menasihatan agar dia menghubungi pihak berwajib untuk melakukannya.
Seeloknya telefon peronda lebuhraya
Rata-rata netizen berharap agar suaminya tidak mengambil risiko seperti itu kerana bimbang bakal berlaku satu tragedi seperti sebelum ini. Walau bagaimanapun, niat yang murni wajar dicontohi namun perlu mengambil kira risiko yang bakal berlaku pada diri sendiri.
Sumber: Miera Zainuddin