Pelakon dan pelawak Fikry Ibrahim tidak berniat untuk merahsiakan berita perkahwinan dengan piliha hati, Khalizah pada Rabu.
Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah, Terima Kasih Semua Yang Mendoakan’ – Fikry Ibrahim
Artikel Berkaitan: Tular Video Berbusana Pengantin, Fikry Ibrahim Didakwa Sudah Berkahwin?
Tak pasti, jangan kongsi
@liyaanfr9u4 ?? #fikriibrahim #fikriibrahim #fyp #fyp??viral #fypage #masukfyp #esekeli #marriage #foryoupage #foryou #foryou ? Kisah Ku Inginkan – Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Judika
Menerusi potongan klip siaran langsung Melodi, pemilik nama Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim berkata dia menunggu majlis perkahwinan selesai terlebih dahulu.
Menurutnya, perkara yang tidak pasti sebaiknya tidak dikongsi terlebih dahulu.
Saya percaya benda yang baik, selagi tidak pasti jangan kongsikan.
Jadi saya tunggu sampai selesai, Alhamdulillah perkara yang baik.
Kahwin paksa ke?
Menjawab tentang spekulasi kahwin paksa, pengacara Melodi berusia 30 tahun itu menafikan dakwaan tersebut.
Ujarnya, pelbagai perkara yang difikirkan ketika itu setelah sah bergelar seorang suami.
Ini bukan saya buat drama TV3.
Mungkin pada ketika itu adalah beberapa benda yang saya fikir.
Termasuklah menjadi seorang suami, tanggungjawab sangat besar dan kena adil.
Saya ada seorang ibu dan seorang isteri sekarang ini.
Adil itu bukanlah sama rata tapi meletakkan hak pada tempatnya.
Dalam pada itu, Fikry memaklumkan isterinya kini sedang berada di Kedah menjaga ibu mentua dengan ehsannya sendiri.
Sumber: TikTok @liyaanfr9u4