Pempengaruh dan usahawan Fila Amir dan suami, Muhammad Adama Camara mengumumkan jantina bayi sulung mereka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fila Amir Kongsi Reaksi Kali Pertama Suami Tengok ‘Garis Dua’ Ujian Kehamilan – ‘Dia Tak Percaya, Bawa Kit Tu Tanya Ahli Farmasi’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Tanya Kenapa Tak Makan Macam Orang Melayu? Ini Respons Fila & Suami
Baby girl!
@filadama_camara Replying to @nur kasih ? Ja Sagen – Sped Up – Hava
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pasangan ini dilihat membuat ‘Gender Reveal’ secara tertutup tanpa dihadiri mana-mana tetamu.
Walau bagaimanapun, Fila atau nama lengkapnya Nur Afilah Amir Rusdi menerangkan lebih lanjut mengenai pemilihan jantina melalui proses Persenyawaan In Vitro (IVF).
Alhamdulillah ya kami memang tahu jantina dari sebelum pindahkan embryo, tapi kami tak pilih embryo berdasarkan jantina apa kami mahu.
Kami ada 6 embryos, 3 daripadanya kami buat PGTA test iaitu check chromosome.
Doktor akan pilih embryo yang high chance untuk menempel.
Jadi, bukan kami pilih nak lelaki ke perempuan.
Dalam pada itu, Fila sempat meluahkan rasa syukur kerana bakal melahirkan bayi perempuan.
Tapi Mummy gembira sebab ada geng.
Mummy suka la boleh beli baju kembang, buat rambut.
Papanya lagi lah, dah plan nak beli kereta dekat anak.
Sumber: TikTok @filadama_camara