Program Wanita Hari Ini (WHI) telah menjemput ibu kepada penyanyi, Nubhan Ahmad iaitu Mak Jenny sebagai tetamu jemputan untuk sesi memasak menu rendang ayam cili api dan mi loka secara langsung pada 31 Januari yang lalu.
Artikel berkaitan: Ketawa Sampai Terdiam Masa ‘Live’, Gelagat Fiza Sabjahan & Fatin Hamimah Curi Tumpuan – ‘Saya Nak Masuk Marhaban’
Dia gaji besar
Menerusi satu rakaman video yang viral di TikTok, rata-rata netizen terhibur melihat telatah Mak Jenny dan reaksi spontannya ketika sedang memasak bersama pengacara program tersebut iaitu Uyaina Arshad dan Fiza Sabjahan.
Keadaan menjadi ‘gamat’ apabila Uyaina bertanya sekiranya Mak Jenny mempunyai anak yang masih belum berkahwin ataupun tidak. Menurut Mak Jenny, dia mempunyai seorang anak lelaki berumur 41 tahun yang masih belum bertemu jodoh.
Berikutan daripada itu, Nubhan lantas bertanya sekiranya mahu pengacara, Fiza Sabjahan menjadi menantu ibunya itu. Lebih terhibur, Mak Jenny berkata dia tidak mahu Fiza menjadi menantunya. Ini kerana, wanita itu mempunyai gaji yang sangat besar.
Tak nak dia (Fiza). Dia gaji bosar (dalam loghat Negeri Sembilan).
Video
@whitv3malaysia_official Replying to @zairulnizam1984 berani betoi omak jenny ? #whitv3 #lawak
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Mak Jenny dan reaksi spontannya apabila bergurau.
Sumber: Wanita Hari Ini