berita

[VIDEO] Francissca Peter Dapat ‘Borneo Doll’ Daripada Peminat Setia

September 28th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, penyanyi popular era 80-an, Datuk Francissca Peter menyifatkan boneka istimewa dikenali ‘Borneo Doll’ hasil buatan tangan peminat setianya, Wesley Juntan, 36, merupakan hadiah paling bermakna baginya selama bergelar anak seni. Cantiknya!

Artikel Berkaitan: Francissca Peter, Siti Fairus & Zainal Abidin Terima Gelaran Datuk

Rasa teruja

Menurut Francissca, peminatnya itu sangat berbakat. Lebih terharu, Wesley sudi mengabadikan kejayaan pernah diraihnya pada edisi pertama Juara Lagu 1986 dengan persalinan baju kurung moden menyamai busana dipakai ketika acara itu, lebih tiga dekad lalu.

Saya berasa amat teruja serta terharu menerima hadiah Borneo Doll ini daripada seorang peminat yang boleh saya anggap sebagai anak kerana masih muda, namun membesar dengan lagu-lagu saya yang ada antaranya dirakam sebelum dia lahir lagi.

Boneka ini juga bagi saya satu koleksi hadiah yang mempunyai nilai sentimental tinggi buat seorang penyanyi daripada peminat setianya. Lebih-lebih lagi, apabila Wesley menjadikan saya ‘ikon perpaduan’ dimatanya.

Dia begitu kagum dengan pencapaian saya dalam perjalanan karier seni yang baginya contoh terbaik untuk seorang bukan Melayu berjaya dikenali ramai dan kekal bertahan dalam industri hingga kini untuk terus hiburkan peminat.

Pelantun suara ‘Sekadar Di Pinggiran’ ini turut memberitahu pertemuannya bersama Wesley juga adalah pertama kali dan cukup bermakna apabila acara penyerahan berkenaan dibuat sendiri oleh anak muda terbabit yang juga seorang pramugara.

Saya rasa tidak pernah lagi mendapat hadiah istimewa seperti ini daripada seorang peminat yang sanggup membuatkan sebuah boneka hasil buatan tangannya dan saya amat berterima kasih dengan Wesley diatas pemberian ini.

Saya amat menghargainya kerana secara tidak langsung, boneka ini membawa saya mengimbau semula kenangan indah lalu di Juara Lagu pada 1986 itu yang sudah menjadi satu nostalgia abadi.

Tambah Francissca, dia tidak mampu membalas kesungguhan yang ditunjukkan Wesley itu.

Video

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×