berita

[VIDEO] Frontliners Kelantan Terima Pujian Netizen, Mengaji Di Pusat Kuarantin Covid-19

January 11th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Baru-baru ini Kerajaan Kelantan menambah dua Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di negeri itu, susulan jangkaan berlaku peningkatan kes positif. Dua pusat kuarantin baharu itu merupakan bangunan di Dewan Jubli Perak dan asrama Kolej Kejururawatan di Kota Bharu.

Alunan suara merdu

Terbaru, video berdurasi 29 saat ini tular di media sosial selepas dikongsi oleh salah seorang petugas kesihatan yang berada di situ. Video itu menunjukkan alunan suara merdu salah seorang petugas yang membaca ayat al-Quran di pusat kuarantin Dewan Jubli Perak, Kota Bharu. Turut dilihat beberapa orang pesakit yang sedang dikuarantin turut membaca ayat suci al-Quran di katil masing-masing.

Semalam, Kelantan mencatatkan sebanyak 103 kes baharu Covid-19 iaitu 94 kes tempatan dan 9 kes import B. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Kelantan ialah sebanyak 1,298 kes. 

Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) juga menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat.

Sumber: KKM.

SKIP THIS AD ×