berita

Video: FT Island Lancar MV Baru, Madly

November 19th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2013-11-19 at 12.34.30

Pada bulan September yang lepas, kumpulan Pop Rock dari Korea Selatan, FT Island telah melancarkan mini album istimewa berjudul Thanks To bersempena dengan ulangtahun FT Island yang keenam.

Dan nampaknya, FT Island benar-benar menghargai sokongan peminat apabila mereka membuat kemunculan semula sekali lagi melalui album mini kelima berjudul The Mood.

Seiring dengan kelahiran album tersebut, FT Island turut melancarkan muzik video untuk salah sebuah lagu baru mereka berjudul Madly.

Apa yang menariknya, kumpulan yang terdiri daripada lima anak muda ini telah memilih Choi Jong Hoon sebagai watak utama di samping ahli-ahli yang lain bermain muzik di sebuah kawasan lapang dan di dalam terowong.

Screen Shot 2013-11-19 at 12.36.35

Difahamkan, Madly merupakan salah satu lagu yang cukup bermakna buat FT Island kerana ia mengandungi emosi mendalam yang menyatukan kesemua ahli sejak penubuhan mereka enam tahun lalu.

Untuk pengetahuan anda, The Mood merangkumi beberapa buah lagu yang dihasilkan sendiri oleh ahli-ahlinya termasuk lagu You I Can’t Have dari Choi Jong Hoon, The Way in to You dari Lee Jae Jin dan Siren dari Lee Hong Ki.

Bagi yang belum berkesempatan menonton MV Madly, di sini OHBULAN! sertakan video tersebut khas untuk pembaca-pembaca kami. Semoga terhibur!

http://www.youtube.com/watch?v=oh4gONIEijE

SKIP THIS AD ×