berita

Video: FT Island Lancar MV Memory Sempena Ulangtahun Ke-6

September 23rd, 2013 | by Ai
Kini Trending

FT Island (2)

Siapa yang tidak kenal dengan band K-Pop terkenal Five Treasure Island atau lebih dikenali dengan FT Island.

Malah OHBULAN! percaya ramai peminat di Malaysia menggilai kumpulan yang terdiri daripada lima orang pemuda kacak iaitu Choi Jong-Hoon, Lee Hongki, Lee Jae Jin, Song Seung-hyun dan Choi Min-hwan.

Nampaknya nama mereka bakal menjadi perbualan hangat untuk beberapa hari ini kerana FT Island telah melancarkan sebuah muzik video baru berjudul Memory di YouTube semalam.

Screen Shot 2013-09-23 at 14.03.25

MV berdurasi 3:21 saat itu memaparkan persediaan kelima-lima ahlinya sebelum mengadakan konsert Take FT Island in Hong Kong yang berlangsung bulan lepas.

Memory merupakan salah sebuah lagu dalam album mini mereka berjudul Thanks To yang dihasilkan bersempena ulangtahun FT Island yang ke-enam.

Screen Shot 2013-09-23 at 14.04.58

Dan bagi menghargai jasa-jasa peminat yang telah menyokong mereka, FT Island akan mengadakan konsert domestik pertama di Olympic Hall, Seoul pada 28-29 September 2013.

Bagi yang belum berkesempatan menonton video itu, di sini OHBULAN! sertakan MV Memory untuk tontonan anda. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×