berita

[VIDEO] Gadis Akui Tak Kuat, Mula-Mula Ibu Meninggal Dunia Selepas 10 Hari Bapa Pula…

August 17th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Tidak dinafikan kehilangan individu yang kita sayang memang menyedihkan. Lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan kedua ibu bapa sendiri. Walaupun berat untuk diterima, kita sebagai hambaNya perlu akur dan reda dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T dan kehidupan perlu diteruskan seperti biasa.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Janji Nak Balik, Tak Sempat Jamah Rendang Kesukaan, Warga Emas Sayu Anak Meninggal Akibat Covid-19

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Van Bawa Jenazah Covid-19 Lalu Rumah Ahli Keluarga Undang Sebak, Penghormatan Terakhir Buat Keluarga

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siap ‘Berpeluk’, Pegang Tangan Tunggu Nak Cucuk Vaksin

Video sebak dikongsi

Foto: Tangkap layar video

Menerusi video dikongsi seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Atashitinides_, menceritakan kisah dirinya yang kehilangan kedua ibu bapa tersayang dipercayai akibat wabak Covid-19.

Gadis cekal ini menceritakan arwah ibunya dijemput menghadap Ilahi pada 3 Ogos 2021 dan selang 10 hari (13 Ogos) bapanya pula meninggal dunia. Namun, dia sama sekali tidak menceritakan bagaimana kedua-dua ibu bapanya dijangkiti akan virus tersebut.

Ini berlaku terlalu cepat. Saya masih tak dapat menerima Ya Allah, sungguh berat untuk saya.

Video tersebut juga memaparkan para petugas barisan hadapan yang memakai sut lengkap peralatan perlindungan diri (PPE) ketika proses pengebumian berlangsung. Apa yang lebih meruntun hati lagi, gadis ini juga sempat berkongsi foto-foto kenangan bersama arwah ibu bapanya.

Video penuh:

@atashitinides_this happened too fast. i still can’t accept this ya Allah this is too hard for me ?? ##covid19isntajoke ##fyp ##parents? semangat ngontennya – dollar kuning

Salam takziah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dengan nasib yang menimpa gadis ini dan pada masa yang sama turut memanjatkan doa supaya kedua ibu bapanya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Sumber: Atashitinides_

SKIP THIS AD ×