berita

[VIDEO] Gadis ‘Bergenang Air Mata’ MK Pergi Kursus Kahwin, Puji Wangi Bau Dior Masa Bersalam

May 22nd, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama anggota kumpulan K-Clique iaitu MK menjadi bualan ramai sejak minggu lalu selepas tular foto yang mendakwa sudah bertunang dengan pilihan hati, Siti Hajar Sheikh Nordin.

Artikel Berkaitan: Tular Gambar Kekasih Tunjuk Cincin Di Jari, Netizen Dakwa MK K-Clique Sudah Bertunang

Kursus kahwin

@mista_bryan801 Kursus kahwin satu kelas dengan MK ? hilang ngntok tengok MK ? #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #MK ? original sound – Mista Bryan

Terbaru, MK sekali lagi mencuri perhatian apabila tular video menghadiri kursus kahwin di TikTok. Menerusi video itu, penyanyi berumur 27 tahun itu dipanggil ke hadapan oleh penceramah untuk sesi latihan akad nikah.

Ketika sesi itu, penceramah menyebut nama Siti Hajar Sheikh Nordin ketika akad nikah ‘trial’ dilakukan.

Muhammad Hairi Amin Hamdan. Aku nikahkan dan kahwinkan dikau dengan Siti Hajar Sheikh Nordin yang telah berwalikannya kepada aku dengan mas kahwin RM80 hutang.

MK yang memakai kurta berwarna putih itu tergelak malu ketika pasangan lain memberi respon ‘sah’ sejurus usai lafaz balas.

Crush dah nak kahwin

Menjengah di ruangan komen, peminat wanita mula ‘remuk hati’ apabila MK bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

Selain itu, pengikut juga memuji kelancaran penyanyi rap itu ketika menyebut nama Siti Hajar dan menyifatkan sudah bersedia untuk melangkah ke hari penuh bermakna.

Sebelum ini, MK memuat naik gambar berukuran pasport memakai songkok seakan akan digunakan untuk urusan borang pernikahan.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×