berita

Video Gadis Kena ‘Belasah’ Tersebar Di Media Sosial, Rupanya Gaduh Berebut Teman Lelaki

April 5th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sebelum ini, viral satu video di media sosial memaparkan seorang gadis dipercayai telah dibuli oleh beberapa gadis lain di tepi jalan. Berdasarkan rakaman tersebut, mangsa kelihatan langsung tidak berbuat apa-apa dan melawan meskipun dia telah dipukul dan ditendang oleh pelaku.

Artikel Berkaitan: Seronok Pula Buli Anak Orang…

Susulan daripada itu, pihak polis memaklumkan akan mencari kesemua gadis dalam video tersebut.

Rupanya sebab teman lelaki

Terbaru, Kosmo melaporkan bahawa pihak polis telah menahan enam remaja perempuan dan empat remaja lelaki untuk membantu siasatan berhubung kes tersebut. Difahamkan, kesemua mereka berusia dalam lingkungan 14 hingga 17 tahun. Menurut Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md. Yusuf, hasil siasatan mendapati lapan orang daripada individu yang ditahan masih bergelar pelajar manakala dua orang lagi sudah berhenti sekolah.

Pergaduhan antara mereka itu dipercayai berpunca akibat berebut teman lelaki. Selain itu, seorang suspek lelaki juga didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Walaupun begitu, kesemua mereka akhirnya dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai memberi keterangan. Menurut sumber, pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut. Tambahnya lagi, kes ini disiasat mengikut Seksyen 147 atas kesalahan merusuh.

Sumber: Kosmo, Sinar Harian

SKIP THIS AD ×