berita

[VIDEO] Gantung Songsang, Lempang Anak Tanpa Belas, Bapa Bangs*t Undang Amarah Netizen

December 29th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Kes penderaan kanak-kanak kerap kali dilaporkan di media. Apa yang menyedihkan, mangsa bukan sahaja mengalami kesan fizikal dan mental, malahan ada yang meninggal dunia gara-gara kekejaman penderanya.

Satu video viral berdurasi 2 minit 20 saat menunjukkan lelaki mendera seorang kanak-kanak tular di laman sosial sekaligus mencetuskan kemarahan netizen.

Gantung tepi tingkap, lempang bertubi-tubi

Kejadian berkenaan dipercayai berlaku di Pooc Sta Rosa, Laguna, Filipina baru-baru ini. Dalam video berkenaan, kanak-kanak terbabit digantung terbalik pada penyangkut baju kemudiannya dimaki dan ditampar berkali-kali.

Walaupun menangis, tangisan berkenaan tidak sedikit pun mengundang simpati pendera untuk menghentikan perlakuan kejamnya itu.

Difahamkan, tindakan lelaki tersebut berpunca kerana masalah rumah tangga. Menurut sumber, lelaki itu berkata, jika isterinya tidak pulang kerumah, dia mengugut untuk membunuh anak mereka.

Tindakan lelaki itu mengundang kemarahan pengunaan media sosial dan mendapat kecaman hebat.

Sumber: The World News, Wak Doyok

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×