Kes kemalangan akibat struktur jalan raya yang tidak rata serta berlubang seringkali mendedahkan penunggang motosikal kepada bahaya. Terbaru, seorang penghantar makanan meninggal dunia selepas motosikal ditunggang melanggar lopak di bahu jalan sebelum terjatuh dalam kemalangan di Jalan PJU 7/2, di Mutiara Damansara berhampiran The Curve hari ini.
Jalan berlubang
Ni video intro . Dia bagi tau detail jalan mana , lubang mana . Calar mana pic.twitter.com/ohaoDVofq0
— Berlin (@WisnoAswad) January 4, 2021
Benda ini kita nak pihak berwajib yang menguruskan jalan ini ambil tahu. Kemalangan di jalan ini dah banyak kali berlaku. Sebelum ini tak pernah ada kes kematian, kali ini ada kes kematian.
Video berdurasi kurang dari seminit ini dirakam secara langsung selepas kemalangan berlaku. Penunggang motosikal itu dilihat terbaring di tepi jalan menunggu bantuan sampai. Mangsa berusia 31 tahun berasal dari Kampung Cempaka terlanggar lubang di bahu jalan sebelum hilang kawalan dan terbabas di lorong kiri jalan.
Kejadian dipercayai berlaku pada 1.15 tengah hari ketika mangsa sedang dalam perjalanan menghantar makanan. Kejadian ini adalah kejadian kedua dalam tempoh dua hari berturut-turut yang menyebabkan penunggang motosikal maut akibat terlanggar lopak di jalan raya. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecedaraan parah.
Harap pihak berkaitan ambil tahu
Di ruangan komen, rata-rata meminta agar pihak berwajib melakukan tindakan agar perkara ini tidak berulang kembali.
Sumber : David, Harian Metro