berita

[VIDEO] Gaun Pengantin Mira Filzah Ambil Masa Sehingga 500 Jam Untuk Disiapkan, Patutlah Cantik!

September 5th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Malam semalam telah berlangsungnya majlis resepsi Mira Filzah dan pasangannya, Wan Emir. Majlis yang dilihat cukup gah itu membuatkan ramai terpesona. Bak kata orang perkahwinan Mira Filzah memang ‘perfect‘. Dari pelamin, baju, makeup semuanya terapi dan cantik.

Paling menarik perhatian netizen adalah persalinan gaun yang dipakai pelakon terkenal itu di majlis semalam. Memang tampak anggun dan sesuai digayakan di tubuh Mira Filzah.

Kejutan buat Mira Filzah

Episod khas di belakang tabir bersama Mira Filzah semasa sesi pemasangan gaun pengantin di atelier kami. Dengan mengambil inspirasi dari motif Arabesque, potongan couture-nya memerlukan 500 jam untuk dibuat.

Rekaan baju resepsi Mira Filzah direka khas oleh pereka fesyen terkenal, Fiziwoo atau nama sebenarnya Hafizi Radzi Woo. Menurutnya gaun pengantin itu mengambil masa 500 jam untuk disiapkan. Diinspirasikan dari Arabesque Motifs yang merupakan sebuah elemen asas seni Islam.

Bentuk hiasan ini terdiri daripada hiasan permukaan berdasarkan corak linier berirama menggulung dan menjalin dedaunan, sulur atau garis polos. Corak ini sering digabungkan dengan unsur-unsur lain. Fuh memang hebat. Patutlah sampai 500 jam nak siapkan!

Sumber : Fiziwoo

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×