Status dan gelaran tidak menjadi penghalang kepada pelakon dan pengacara jelita, Che Puan Sarimah Ibrahim untuk meneruskan kariernya dalam bidang seni.
Artikel Berkaitan: Sarimah Ibrahim Sanggup Berhabis RM50,000 Demi ‘Qaidah’ – ‘Itulah Proses Merealisasikan Watak’
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Tak Ada Peluang, Tak Ada Penyondolan’ – Sarimah Ibrahim
Gelaran Che Puan
View this post on Instagram
Menerusi podcast Bukak Mulut, Sarimah tidak menafikan status seseorang boleh memberi kesan terhadap pandangan masyarakat.
Menurut aktres berusia 45 tahun itu, dia berpendapat kemungkinan akan ada segelintir individu yang akan berfikir panjang untuk bekerjasama dengannya berikutan gelaran yang dimiliki.
Saya rasa apa-apa status yang orang dapat akan mengubah persepsi masyarakat. Sudah semestinya dalam masyarakat itu akan tergolong dengan penerbit dan pengarah.
Persepsi yang akan ubah itu lebih kepada, ‘boleh ke kita rapat dengan dia, boleh ke nanti nak tegur dia, boleh ke dia adjust dengan situasi kita.’
Bagaimanapun, pelakon drama Lelaki Itu berkata, dia masih sama seperti dahulu malah akan tetap komited dengan kerjayanya.
Saya tetap saya. Saya akan fokus kerja dan bersedia terlebih dahulu. Sebelum saya jadi Che Puan, saya sudah pun begitu.
Sebab saya nak bagi 1,000%, kalau saya boleh bagi yang terbaik, saya akan bagi yang terbaik.
Kita selalu fikir tentang kerjasama, saya perlukan bantuan semua orang untuk menjayakannya.
Sekadar info, Sarimah telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar yang merupakan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 pada 2 April 2015.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Tunku Sofia Najihah.
Sumber: IG My Audio Plus