berita

Che Puan Sarimah Ibrahim Kumpul Tenaga Selama Setahun Untuk Drama Lelaki Itu – ‘Watak Sharifah Qaidah Agak Kompleks’

March 20th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Pengacara dan pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim akui sangat bersyukur dan teruja apabila ditawarkan oleh pengarah, Erma Fatima untuk berlakon drama Lelaki Itu.

Come back Sarimah Ibrahim

Ketika ditemui OhBulan!, Sarimah berkata kemunculannya dalam drama ‘Lelaki Itu’ boleh dikatakan sebagai ‘come back’ buat dirinya setelah hampir bertahun-tahun tidak muncul di kaca televisyen sebagai seorang pelakon.

Lagi pun dah lama saya tak berlakon drama, kali terakhir adalah filem tahun 2015. Sebelum ni saya tunggu anak saya besar dan sekarang dia dah boleh terima mummy dia nak pergi set.

Dalam dua tahun sebelum saya terima tawaran ni, saya buat latihan berlakon untuk persediaan diri dan menambah ilmu.

Bercerita dengan lebih lanjut, Sarimah akui wataknya sebagai Sharifah Qaidah dalam Lelaki Itu sangat kompleks memandangkan dia perlu bermain dengan pelbagai emosi seperti momen kematian, dikhianti, gembira dan sebagainya.

Sepanjang saya berlakon, emosi saya tak pernah sepenat ini dalam mana mana produksi. Ada satu hari tu, saya ada 8 babak menangis dan gembira. Bila balik, rasa sangat berat tapi satu kepuasan sebab dapat menghayati watak tu.

Apabila ditanya mengenai persediaannya dalam dunia lakonan, Sarimah berkata dia sudah membuat persediaan termasuk dari segi fizikal dan mental selama setahun sebelum memasuki set penggambaran Lelaki Itu.

Tenaga saya dah prepare setahun sebelum penggambaran termasuk tidur yang cukup, pergi gym dan sebagaainya.

Sekadar info, drama Lelaki Itu telah menemui penonton di Slot Samarinda TV3 bermula 19 Mac iaitu setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 10 malam.

Lelaki Itu menampilkan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Nabila Huda, Che Puan Sarimah Ibrahim, Fazura, Hannah Delisha, Nadia Brian, Aedy Ashraf dan ramai lagi.

SKIP THIS AD ×