berita

[VIDEO] Gesekan Biola Lagu Raya Pemuda Ini Tarik Perhatian Ramai.. Memang Power!

May 23rd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Apa sahaja genre muzik yang dialunkan Aqmal Daniel menerusi gesekan biola pasti membuatkan penonton terpukau dengan bakatnya itu. Namanya kini semakin mendapat perhatian ramai apabila diundang ke majlis-majlis keramaian untuk mempersembahkan lagu instrumental daripada gesekan biolanya itu.

Sempena Syawal menjelang tidak lama lagi, remaja berusia 19 tahun itu turut berkongsi bunyi gesekan biolanya menerusi beberapa lagu raya. Sudah tentu bunyinya syahdu dan sayu kerana tidak dapat beraya di kampung halaman tahun ini.

Air Mata Syawal

https://www.facebook.com/aqmaldanielofficial/videos/578123446142999/?__tn__=kCH-R&eid=ARAunuKDjo3z9Mg5CljuNpTu9yF4Iibw7B2Liw6EVYwmmSllsZrfmB1l1-rHUGwb-zpcwF9VLLyRDi8Y&hc_ref=ARTreasNvvRODXiYWc85JX5LVnUUypFkE7xkj7bV_WPExCGkOTtjtTl_s7bfT6fNci8&fref=nf&__xts__[0]=68.ARCwZRBQvtgQkcCwVGVG2kWjOf2eJZRZCGg4c6WuyjZtLlE0Ca5qntUYaul3Ggvyj-cqYuH8SbpeG6OQG41Hsy3ipVXTOyBVwRmNlu0GFaF3LlBd_uS0XQN-ZfeK6GyCdw4-7uus97cAjEC58PM6sZcrSSZK5KtK0MhlIzENHqd8APuj_v0zD7yPwkvw8g5VY5uG5agBZxpZDsI4_8cnlSUO10wsCFau_MzYeZ47lPKWmPTqKvXgGlmWsZ-d8uz9pXYf4HWF1AYfbvDU9HzbYljaxFsPeeeryhFPooYejPtQYNhnKUPO89lGLe9ptFllhETlnYz76OuyaZiGEnRiFBBl-7jDMBOTG_2S0A

Gesekan biola menerusi lagu Air Mata Syawal nyanyian asal Dato Sri Siti Nurhaliza ini sememangnya syahdu. Pasti membuat kita rindukan kampung halaman. Video yang dimuatnaik ini telah mendapat kira-kira 5.6 ribu perkongsian di laman Facebook.

Satu Hari Di Hari Raya

https://www.facebook.com/aqmaldanielofficial/videos/1514363785437601/

Sementara itu, Aqmal turut memuatnaik lagi Satu Hari Di Hari Raya nyanyian asal Datuk M. Nasir. Video tersebut baru sahaja dikongsinya dan mendapat 2 ribu perkongsian. Lagu ini turut diberi mood gembira dalam penyampaiannya dan turut diselingi dengan aksi santai dari Aqmal.

Dendang Perantau

https://www.facebook.com/aqmaldanielofficial/videos/568011077050081/

Video berdurasi 3:20 minit ini mempersembahkan gesekan biola menerusi lagu Dendang Perantau nyanyian asal seniman P. Ramlee. Lagu yang sayu ini turut mendapat 3.5 ribu perkongsian di laman Facebook.

Balik Kampung

https://www.facebook.com/aqmaldanielofficial/videos/166530794777098/

Lagu Balik Kampung nyanyian Sudirman memang menjadi kegemaran ramai ketika Syawal tiba. Lagu ini dipersembahkan Aqmal menerusi gesekan biola dengan aksi santai dan menghiburkan. Video tersebut turut meraih 3.9 ribu perkongsian dan rata-rata menyukainya.

Sumber: Aqmal Daniel

SKIP THIS AD ×