Tugas menggalas tanggungjawab sebagai seorang pendidik sememangnya berat. Sebagai seorang pendidik, setiap dari mereka akan memastikan pelajar-pelajarnya mendapat kemudahan pendidikan dan ilmu.
Malah, guru juga sanggup redah hutan dan sungai untuk tidak memastikan pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman tercicir pelajaran. Seperti dilakukan seorang guru yang hanya dikenali sebagai Bungo Lale ini. Memang terbaiklah cikgu!
Bantu pelajar di pedalaman
Difahamkan, guru ini meredah hutan di pedalaman untuk bertemu dengan kanak-kanak yang tinggal di kawasan perkampungan Orang Asli di Pahang. Guru-guru ini juga menyumbangkan sedikit bantuan makanan untuk kanak-kanak tersebut dan bahan modul untuk mengajar mereka supaya tidak ketinggalan dalam mata pelajaran.
Malah, pelajar-pelajar di perkampungan Orang Asli ini juga tidak mempunyai sebarang kemudahan telefon pintar, tablet atau komputer riba untuk mengikuti kelas online.
Hantar modul untuk pelajar
Video suka-suka perjalanan menghantar modul untuk anak-anak yang berada jauh di pedalaman, demi memastikan tiada yang tercicir. Saja guna soundtrack Teacher’s Diary sebab saya suka sangat cerita itu (selain Lasykar Pelangi). Ada tengok tak? pic.twitter.com/ojpJGXC387
— BungoLale ?? (@bungolale) January 29, 2021
Video yang dikongsi berdurasi 2:20 minit ini memaparkan perjalanan sepasukan guru untuk ke kawasan perkampungan Orang Asli. Perjalanan mereka untuk ke sana ditemani dengan panorama alam semulajadi, sungai dan bunyi kicauan burung. Sementara itu, guru ini juga berharap agar semua warga pendidik bekerja keras untuk memastikan semua pelajar dapat ilmu walau apa jua keadaan sekalipun.
Saya percaya semua guru sedang berusaha keras untuk memastikan semua anak murid dapat mengikuti PdPR. Pelbagai cara turut dilakukan demi memastikan anak-anak tidak ketinggalan. Saya hanya berkongsi sedikit cerita saya, semoga memberi manfaat. Insya-Allah kita sama-sama jaga.
Sumber: BungoLale