berita

[VIDEO] ‘Hadiahkan Rumah Baharu Buat Keluarga Yang Viral Naik Basikal Roda Tiga’ – Ustaz Ebit Lew

July 29th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Semalam, seorang pelawak dan pelakon veteran iaitu Sabrii Ibn Yunus ada berkongsi di akaun Facebook miliknya mengenai kisah sebuah keluarga kecil yang terdiri daripada empat beranak sedang berjalan di bawah matahari terik dipercayai untuk mencari rezeki.

Ustaz Ebit hadiahkan rumah

Menerusi perkongsian tersebut, kelihatan seorang lelaki warga emas sedang duduk di bahagian pengayuh beca manakala isterinya yang tidak mampu berjalan berada di bahagian penumpang. Si anak perempuan pasangan ini berada di sisi bapanya untuk menolak beca sementara seorang lelaki dewasa berada di hadapan sambil menarik beca berkenaan menggunakan tali.

Susulan daripada perkongsian yang viral itu, pendakwah dan penceramah bebas iaitu Ustaz Ebit Lew telah menziarahi keluarga ini di Tumpat, Kelantan selain menghulurkan bantuan kepada mereka dengan menghadiahkan sebuah rumah baharu.

Pak cik tak boleh berjalan langsung, isterinya baru dilanggar, cedera dan anak-anaknya ada yang OKU lembam. Kuat berjalan menutip besi, kotak, tin untuk dijual.

Saya tanya apa boleh saya bantu pak cik dan mak cik. Mereka nak bina rumah. Sekarang menumpang di tanah orang lain. Terus ke tanah tadi. Kami akan bina tumah baru untuk pak cik dan mak cik ni. Ingin beri motosikal tetapi mereka tidak boleh bawa. Selesa berbasikal.

Tambah Ustaz Ebit Lew lagi, keluarga ini meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada pihak JKM, jiran tetangga dan orang ramai yang menghulurkan bantuan kepada mereka.

Video

Sumber: Ustaz Ebit Lew, TikTok Ustaz Ebit Lew

SKIP THIS AD ×