berita

[VIDEO] Hadir Ke Upacara Pemakaman, Pengurus Nangis Tatap Gambar Tangmo – ‘Mo, Maaf Tak Jaga Awak Sebaiknya’

March 11th, 2022 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Hari pertama bagi upacara pemakaman pelakon terkenal Thailand iaitu Tangmo Nida atau nama sebenarnya Nida Patcharawirapong telah berlangsung sebentar tadi iaitu bermula jam 6:30 petang hingga 8:30 malam. Upacara tersebut kemudian akan bersambung esok (Sabtu) dan Ahad di Gereja Liberty Bangkok.

Artikel Berkaitan: Berlakon Pengsan Sebab Tertekan, Netizen Dakwa Nampak Ibu Tangmo Nida Shopping & Pakai Jam Tangan Mendiang?

Artikel Berkaitan: Keluarga Tak Dibenar Sertai Proses Solek Tangmo, Pakar Forensik Cakap Sukar – ‘Jasad Akan Menghitam & Menjadi Kering’

Tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai apabila mereka melihat kelibat pengurus mendiang iaitu Kratik turut hadir ke upacara sebentar tadi.

Kratik menangis depan gambar Tangmo

Memetik laporan media Thailand, Kratik yang mengenakan busana berwarna putih telah hadir ke upacara tersebut sambil membawa jambangan bunga. Menerusi klip video tersebut, kelihatan Kratik dengan wajah yang sedih telah memberi penghormatan terakhir kepada mendiang majikan yang juga merangkap rakan baiknya.

Kratik dikatakan tidak dapat menahan sebak dan menangis saat menatap gambar mendiang sebelum ditenangkan oleh rakan-rakan yang lain. Kratik juga ada menulis satu nota buat mendiang yang diselitkan pada jambangan bunga tersebut. Menurut sumber daripada wartawan yang bertugas, hasil pemerhatian jambangan bunga yang diberikan Kratik, mereka menemui sepucuk surat yang bertulis:

Mo, saya rindu awak. Rindu sangat-sangat. Syukur kerana Tuhan mempertemukan kita. Hampir 20 tahun kita berkawan dan hidup bahagia bersama-sama. Saya syukur kerana hadir dalam hidup awak. Awak juga sentiasa ada dalam hidup saya, kita berkongsi suka, duka, gelak tawa bersama-sama. Hubungan kita berdua lebih daripada seorang sahabat dan kita sudah menjadi satu keluarga. Awak akan kembali kepada Tuhan hari ini. Senyuman dan gelak tawa awak sentiasa ada dalam hati saya. Maaf kerana tak dapat jaga awak dengan sebaiknya.

Ibu mendiang hadir, kesihatan kembali stabil

Menurut sumber, Kratik telah hadir ke upacara pemakaman tersebut lebih awal daripada waktu yang dijadualkan. Dia berada di upacara tersebut hampir 15 minit sebelum beredar. Difahamkan, pihak media cuba untuk menemu bual Kratik dengan mengajukan soalan sama ada Por dan rakan-rakannya (individu di dalam bot) akan datang ke upacara ini atau tidak. Tetapi wanita itu langsung tidak memberikan apa-apa respon dan terus meninggalkan perkarangan gereja tersebut.

Selain Kratik, ibu mendiang iaitu Panida Siriyudthayothin turut hadir ke upacara pemakaman yang berlangsung sebentar tadi. Panida juga merupakan salah seorang individu yang akan membacakan ucapan penghormatan terakhir kepada anak perempuannya itu. Panida juga mendakwa keadaan kesihatannya sudah beransur pulih.

Video


Sumber:  Thairath TV, Sanook, Khasood, Thainewsonline

SKIP THIS AD ×