Pelakon Hafidz Roshdi menafikan dakwaan bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri yang mengatakan bahawa dirinya culas membayar nafkah buat dua orang anaknya, Humaira dan Umar.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nak Anak-Anak’- Shuhada Tampil Dengan Wajah Ceria, Sandang Beg Berjenama Ke Mahkamah
Artikel Berkaitan: ‘Allah Yang Satu’ – Hafidz Roshdi Kunci Mulut, Proses Hadanah Makin Panjang Sebab Tiada Persetujuan
Artikel Berkaitan: Hadanah: Shuhada Terkejut Hafidz Ubah Fikiran, Anggap Tiada Pendirian – ‘Saya Terus Jadi Perempuan Keji’
Itu privasi kami
Ketika ditemui OhBulan!, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi mengambil pendekatan untuk tidak menyatakan jumlah nafkah yang diberikan buat kedua anaknya pada setiap bulan.
Menurut Hafidz, perkara tersebut merupakan privasinya dan tidak wajar untuk diuar-uarkan kepada khalayak ramai.
Mengenai dakwaan dibuat itu saya taknak komen apa-apa sebab itu privasi saya. Itu antara saya dengan dia. Nafkah ni seeloknya tidak diuar-uarkan. Berapa jumlah yang saya bagi itu adalah antara saya dan dia. Saya ada bagi nafkah dan saya tak pernah terlepas membayarnya.
Hafidz berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sebutan kes hadanah yang diadakan di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor pada Selasa.
Terdahulu, Shuhada mengejutkan orang ramai apabila mendakwa pelakon drama ‘Tundukkan Playboy Itu’ culas membayar nafkah dua cahaya mata mereka.
Menurut dakwaan Shuhada, Hafidz hanya memberikan wang nafkah sebanyak RM100 untuk setiap seorang anak mereka.
Bukan itu sahaja, Shuhada mendedahkan bahawa ibu bapanya juga terpaksa mengeluarkan wang sendiri bagi membantunya menguruskan keperluan anak-anak.
Terdahulu, kes tuntutan hadanah membabitkan Hafidz Dan Shuhada terpaksa ditangguh selepas pelakon itu menarik semula persetujuan untuk memberikan hak penjagaan anak kepada bekas isterinya itu.
Untuk rekod, perkahwinan mereka mula dilanda badai selepas timbulnya dakwaan adanya orang ketiga yang mengganggu rumah tangga mereka.
Nurul Shuhada kemudiannya dilaporkan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu.
Hafidz dan Shuhada kemudiannya disahkan bercerai di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 27 Julai lalu.
Imbas kembali, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Video
@ohbulanofficial Hafidz Roshdi menjawab tentang nafkah RM100 kepada Shuhada #ohbulan #news #fyp #nafkah #shuhada