berita

[VIDEO] Hafiz Mahamad Bagi Duit RM10,000 Kepada Isteri, Ibu & Ayah – ‘No Wonder Rezeki Tak Pernah Putus’

April 13th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Hafiz Mahamad

Nama pempengaruh media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad sekali lagi menyorot perhatian wargamaya apabila dia memberikan duit raya sebanyak RM10,000 kepada isterinya, Syafiqah Aina.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafiz Mahamad ‘Sponsor’ 10 Buah Bas Untuk Pulang Berhari Raya – ‘Harap Dapat Membantu Ramai Sahabat Yang Memerlukan’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafiz Mahamad Hulur Cek Bernilai RM30,000, Bantu Keluarga Rumah Hangus Dijilat Api

RM10,000 duit raya

Hafiz Mahamad

Menerusi perkongsian di Instagram, Aina meluahkan rasa syukur apabila memperoleh sejumlah duit raya yang banyak daripada suami tercinta.

Terima kasih sayang bagi duit raya, semoga dilimpahkan-limpahkan lagi rezeki.

Tidak mengharapkan sebarang balasan, Hafiz berkata dia hanya meminta isterinya mendoakan kejayaan untuknya dan rezekinya diperluas.

Insya-Allah, doakan rezeki abang supaya dapat senangkan dan mewahkan awak.

Selain Aina, bapa kepada dua cahaya mata itu turut memberikan duit raya dengan jumlah yang sama kepada kedua ibu bapanya.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas memuji sikap Hafiz yang sentiasa mengutamakan keluarganya.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×