Pelakon Hairul Azreen mendedahkan seorang selebriti pernah menolak permintaannya untuk bergambar dan kini menjadi kenangan pahit buatnya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Beli Motor Untuk Isteri Sempena Hadiah ‘Anniversary’, Netizen Tanya Hairul Azreen ‘Siapa Yang Gembira Sebenarnya?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hairul Azreen Bawak Alisa Naik Motor, Hanis Zalikha Pening ‘Fashion’ Anak
Luah rasa kecewa
Menerusi temu bual bersama pelakon Amelia Henderson, Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris mengimbau kembali fasa kehidupannya sebelum bergelar selebriti.
Aktor tersebut berkongsi pengalamannya ketika bekerja sebagai jurujual jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Saya nampak artis lalu nak pergi Langkawi. Saya nampak Apek Senario, nampak Afdlin Shauki. Seronoknya jadi artis semua orang pandang. Kalau jadi artis ni kan best, orang ambil gambar.
Dari situ saya dah mula minat tapi saya tahu saya tak layak sebab saya tahu saya tak boleh menyanyi.
Dalam pada itu, aktor filem Malbatt: Misi Bakara ini turut meluahkan rasa kecewa apabila seorang artis lelaki pernah memberi layanan yang buruk terhadapnya.
Ketika itu juga satu kejadian yang menimpa saya yang saya ingat sampai ke hari ini. Ada seorang artis ini, masa itu saya pakai telefon bimbit model 6600.
Saya jumpa dia dan saya cakap ‘abang, nak ambil gambar’. Dia panggil duduk sebelah dia.
Telefon itu kena ambil masa tiga saat untuk proses gambar. Yang tolong ambilkan gambar tu pun ‘ngok’ juga.
Dia ambil gambar, dia tekan dan letak tepi. Gambar tu jadi kabur, jadi saya minta dekat artis tu, ‘abang sekali lagi boleh?’..dia tolak saya. Ini cerita betul.
Ekoran kejadian itu, aktor berusia 35 tahun tersebut nekad tidak akan menolak permintaan peminat untuk bergambar dengannya jika dia bergelar artis.
Hati saya yang minat dia rasa macam.. ‘kau lah idola aku’.. hancur.
Perasaan saya ketika itu, kalau saya jadi artis siapa yang nak ambil gambar dengan saya, saya takkan tolak sebab dialah.
Tanpa mendedahkan identiti, Hairul berkata artis tersebut pernah mencuba untuk berbaik dengannya selepas dia bergelar pelakon.
Dan orang itu sekarang cuba nak buat baik dengan saya tapi dia tak tahu pun tentang kejadian itu.
Untuk info, Hairul sebelum ini mengumumkan bakal bersara dalam bidang lakonan atas faktor kesibukan kerja yang menyebabkan dia kurang meluangkan masa bersama keluarga.
@_luvriss_ Hairul Azreen sebelum menjadi perlakon terkenal. – YT Studio Sembang #hairulazreen #ameliahenderson #studiosembang
Sumber: Sembang Studio