berita

Zainal Abidin Mengaku Dah Cerai Dengan Fyna Jebat, Keluar Makan Nak Selesaikan Beberapa Hal

August 22nd, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Datuk Zainal Akui Jumpa Fyna

Baru-baru ini tular video di media sosial memaparkan lagenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan keluar makan bersama bekas isterinya, Fyna Jebat.

Video tersebut menjadi perhatian ramai yang rata-ratanya mendakwa kedua pasangan itu sudah pun berbaik setelah terpalit dengan kontroversi rumah tangga beberapa bulan yang lalu.

Artikel Berkaitan: Didakwa Keluar Sarapan Berdua, Fyna Jebat & Zainal Abidin Masih Bersama?

Zainal Abidin jelaskan perkara sebenar

Datuk Zainal Akui Jumpa Fyna

Terbaharu, bekas penyerang skuad kebangsaan itu menjelaskan perkara sebenar ketika hadir menjadi tetamu bagi sebuah rancangan sukan di sebuah stesen televisyen swasta.

Menurut Zainal, dia mengakui ada berjumpa dan makan bersama Fyna di sebuah restoran seperti mana yang tular di media sosial.

Namun begitu, pertemuan itu adalah bertujuan untuk menyelesaikan segala urusan berkaitan dengan permasalahan yang dihadapi bersama bekas isterinya itu.

Pertamanya, memang itu (dalam video) saya, saya berjumpa dengan bekas isteri. Keduanya memang kita dah berpisah dengan cara damai.

Kami sebenarnya pergi makan dan berjumpa untuk selesaikan beberapa perkara berkenaan dengan hal peribadi.

Sekadar info, Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz Jebat, 29, mengesahkan sudah pun berkahwin secara rahsia dengan Datuk Zainal Abidin Hassan sekitar Januari yang lalu.

Namun, perkahwinan yang dibina itu tidak bertahan lama selepas mereka dilaporkan sudah berpisah pada Mei yang lalu.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×