Untung menantu! Jutawan tudung jenama Bawal Exclusive, Haliza Maysuri memperuntukkan sebanyak RM3.5 juta untuk majlis resepsi anak lelakinya, Zuhairi Syazwan pada malam Ahad.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jutawan Tudung, Haliza Maysuri Tak Kisah Belanja Duit Tempah Busana Harga RM250,000 & Dihiasi 83,900 Butir Kristal Swarovski
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Usahawan Nafi Semua Tudung Yang Digayakan Cecah Ratusan Ribu – ‘Ada Yang Murah, Ini RM1,200 Sahaja’
Guna hampir 200,000 biji batu Swarovski
@ohbulanofficial Tahniah min ucapkan buat Puan Haliza Maysuri dengan kehadiran keluarga baru ???? #ohbulan #sembangentertainment #halizamaysuri #sambut #menantu #pertama ? Bunga Rampai – Zaleha Hamid
Memilih Hotel St Regis Kuala Lumpur sebagai lokasi majlis, menantu Haliza iaitu Sarah menggayakan busana mewah rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.
Bukan biasa-biasa, busana itu dihiasi 189,936 biji batu-batuan Swarovski yang dibawa dari Austria.
Busana digabung lima warna iaitu Crystal, Crystal AB, Aquamarine, Light Sapphire dan Crystal Moonlight itu menggunakan tujuh jenis saiz bentuk butiran batu Swarovski iaitu ss6, ss10, ss12, ss16, ss20, ss34 dan 8×4 mm. Difahamkan, busana dan Swarovski itu bernilai RM300,000.
Penampilan Sarah turut diserikan dengan tiara Swarovski dengan 233 kristal jernih direka khas untuk acara Vienna Opera Ball yang merupakan acara tari menari terkemuka Austria.
Bercerita mengenai tiara, Haliza berkata itu merupakan pemberian khas daripada Swarovski kepada menantunya untuk dipakai.
Kata Haliza, tiara yang memiliki 233 kristal itu bukan untuk dijual.
Tiara itu direka khas oleh Pengarah Kreatif Global Swarovski Giovanna Engelbert, inspirasi daripada perhiasan kekaisaran Austria dan perhiasan keluarga Mesmera Swarovski.
Setiap potongan dibuat dengan teliti dari 233 kristal jernih. Batu kristal tiara itu diatur dengan elegan dan bersinar dengan setiap gerakan.
Sebagai tradisi yang memiliki tempat ikonik dalam warisan Austria dan Swarovski, tiara ini menjadi simbol keahlian unik milik Swarovski dan sejarahnya yang berusia 129 tahun.
Adi Busana tiga bulan nak siap
Dalam pada itu, Haliza pula mengenakan ‘Adi Busana’ yang direka khas oleh Faizuluziaf dengan dihiasi 72,000 biji batu-batuan Swarovski yang dibawa khas daripada Austria juga.
Fabrik yang dibawa masuk dari Eropah itu terdiri daripada padanan Tulle ( Net ) Silk, French Solstiss Lace dan Crepe Silk.
Potongan ‘Cape Dress’ ini menggunakan teknik ‘Ruching Draping’ yang menggunakan palet warna khas iaitu Light Apricot, Nude brown, Off White dan Silver.
Busana mewah bernilai RM170,000 itu mengambil masa selama tiga bulan untuk disiapkan.