berita

[VIDEO] ‘Hampa Yang Pengotor Tetapi Susu Dipersalahkan Kena Kutu’ – Pegawai Kesihatan Respon Dakwaan Ustazah Siti Afifah

November 17th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Nampak gayanya belum habis isu yang melibatkan Ustazah Siti Afifah Shahbudin. Baru-baru ini, tular video penceramah bebas, Siti Afifah mendakwa minum susu berlebihan boleh mengundang jangkitan kutu.

Artikel Berkaitan: Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dianggap ‘Dayus’ Biar Doktor Lelaki Tengok Kemaluan Isteri Masa Bersalin, Pendakwah Tanya Suami Tak Rasa Cemburu Ke?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustazah Siti Afifah Simpan Kuku Panjang, Netizen Tanya Apa Hukum Dalam Islam?

Betul ke minum susu dapat kutu?

@sunnahtidakberbohong #akibatminumsusuberlebihan #masalahkutidakpernahhabis #sunnahtidakpernahberbohong #43jenamaELHUBBstpb #halwailaajprodukELHUBB #sempenamaulidurrasul?? ? bunyi asal – Siti Afifah Shahbudin

Semestinya perkongsian itu menarik perhatian pegawai kesihatan untuk mengupas topik tersebut. Pegawai kesihatan yang dikenali dengan nama @drwanshare hanya mampu ketawa selepas menonton video itu.

Kata pegawai kesihatan, terdapat satu analisis yang menunjukkan kaitan kutu dengan lembu bukan susu seperti didakwa Siti Afifah.

Ustazah apa lagi (garu kepala). Sudah minum susu dapat kutu pula.. Notifikasi saya penuh dengan video itu, tolong jangan tag saya lagi.

Ini kali terakhir saya respon pasal video dia, saya takmau dah layan. Okey betul ke minum susu boleh meyebabkan hampa terdedah dengan kutu?

Dekat belakang saya ini adalah medical literature, tak pasti sebab ini analisis. Analisis ini menunjukkan kaitan kutu dengan lembu. Bukan susu yang dikeluarkan bersama kutu!

Kutu ini bukan setakat dekat lembu tetapi kucing dan anjing pun ada. Dan kajian menunjukkan ada satu jenis kutu sahaja yang menyebabkan penyakit dekat manusia iaitu Pediculus Humanus.

Konklusi adalah ..

@drwanshare Terlalu banyak minum susu boleh kena kutu….#dr1share #tiktokguru #doktor ? original sound – DR1 SHARE

Pegawai kesihatan itu turut memuat naik beberapa keping foto jenis kutu yang wujud di muka bumi. Bagaimanapun, beliau tidak boleh menjelaskan secara perinci mengenai kutu kerana di luar bidangnya.

Dalam pada itu, pegawai kesihatan turut menyindir dengan menyatakan, ‘hampa yang pengotor tetapi susu dipersalahkan kena kutu.’

Terdahulu, Siti Afifah pernah tular di media sosial gara-gara lantang melabelkan golongan suami sebagai dayus kerana membenarkan doktor lelaki melihat kemaluan isteri ketika menyambut kelahiran bayi.

Sumber: TikTok @sunnahtidakberbohong & @drwanshare

SKIP THIS AD ×