berita

[VIDEO] Handal Bersilat, Vanidah Imran Tumbangkan Lebih 4 Lelaki

April 10th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, ramai penggiat seni telah mula mengamalkan gaya hidup yang sihat bagi menimbulkan kesedaran tentang betapa pentingnya melakukan senaman secara berkala dalam kalangan masyarakat. Ada diantaranya yang memilih untuk berzumba, melakukan Yoga, dan tak kurang juga yang memilih seni mempertahankan diri untuk kekal sihat.

Terbaru pelakon berbakat besar, Vanidah Imran telah berkongsi satu video persembahan silat cekak hanafi yang dipersembahkannya kepada khalayak ramai. Hal ini telah membuatkan ramai pihak kagum melihat kehebatan buah silat yang dikeluarkan oleh Vanidah.

‘Beri peluang kepada diri untuk mencapai cita-cita’

https://www.instagram.com/p/BhWVstjgk16/?taken-by=vanidah_imran

Vanidah dalam posting terbarunya itu mengucapkan syukur kerana berpeluang mencapai cita-cita dan menyeru agar orang ramai dapat memberikan peluang kepada diri masing-masing dalam menggapai cita-cita.

‘Wow, terpegun tengok..’

Peminat wanita berbakat besar ini rata-ratanya kagum dengan persembahan silat cekak yang dikongsikannya dan tidak kurang juga yang menjadikan wanita ini sebagai satu sumber inspirasi.

‘Semoga Kak Vee jadi srikandi silat yang dihormati..’

Peminat juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah dan menzahirkan kata-kata pujian buat Vanidah Imran. Fuh, power jugak penangan Vanidah ni kan?

Credit: Vanidah Imran

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×