Di TikTok, seorang wanita warganegara Rusia mencuri perhatian ketika menjawab pertanyaan mengenai gaji yang perlu dimiliki oleh seseorang lelaki yang mahu mengahwininya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik B Hanya Ada Kawan Lelaki, Netizen Puji Pandai Pilih ‘Circle’ Berbeza Bangsa – ‘Awal-Awal Kena Bina Good Networking’
RM2,300 dah cukup
@spstreetstoryHow much money does a man need to marry a Russian woman?..? original sound – SP STREET STORY
Menerusi video yang dimuat naik Sp Street Story, wanita yang dikenali sebagai Daria memaklumkan dia tidak memerlukan suami bergaji berbelas ribu sebaliknya menganggarkan bakal suaminya hanya perlu bergaji sekitar 500 dollar (RM2,353) sahaja.
Tak kisah pun berapa yang dia dapat (gaji) setiap bulan asalkan cukup untuk menampung kehidupan keluarga.
Jadi, jika mereka bergaji sebanyak US$500 pun sudah mencukupi.
Tambah Daria, sekiranya lelaki itu mahu mengahwini gadis Rusia, dia perlulah memberikan wang sebanyak 200 dollar (RM942.40) kepada keluarga bakal isteri yang akan digunakan untuk majlis perkahwinan mereka.
Duit itu akan diberikan kepada keluarga bakal pengantin perempuan tetapi jangan risau, kesemua duit itu akan digunakan untuk majlis perkahwinan.
Dan untuk majlis itu pula hanyalah untuk keluarga terdekat dan sahabat rapat sahaja dan ia hanya menelan belanja sebanyak 700 dollar (RM3,298.40).
Hantaran tersebut telah menjadi tular dan meraih perhatian rata-rata jejaka dari Malaysia.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 1,600,000 tontonan dan lebih 115,000 tanda suka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata jejaka berseloroh mengatakan mereka bercadang mahu terbang ke Rusia dan berkahwin dengan wanita dari negara sana.
Komen netizen
Sumber: TikTok