Kakak kepada penyanyi Dafi iaitu Nina Ismail Sabri selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Hafiz Osman, semalam. Tahniah!
Artikel Berkaitan: Nina Ismail Sabri Dilamar Kawan Baik, Kongsi Momen Bahagia Disarung Cincin – ‘Persahabatan 13 Tahun Kepada Cinta Seumur Hidup’
Artikel Berkaitan: Nina Ismail Sabri Pakai Selempang ‘Bride To Be’, Bakal Kahwin Dalam Masa Terdekat?
Artikel Berkaitan: Hari Bahagia Nina Ismail Sabri Semakin Hampir, Video ‘Pre-Wedding’ Tular Di Media Sosial?
Sekali lafaz
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Hafiz sah bergelar suami kepada Nina hanya dengan sekali lafaz sahaja.
Bukan itu sahaja, Nina turut menerima seutas rantai emas sebagai mas kahwin.
Memilih busana sedondon serba putih, Nina dan Hafiz dipercayai sepakat memilih Hotel Majestic Kuala Lumpur sebagai lokasi untuk majlis akad nikah mereka.
Terdahulu, Hafiz telah memuat naik satu video di Instagram memaparkan momen bahagia ketika dia melamar Nina.
Ujar Hafiz, pameran seni itu sebenarnya adalah sebahagian daripada rancangannya untuk melamar Nina pada 21 September lalu.
Sekadar info, Nina pernah berkahwin dengan Jovian Mandagie pada 11 Disember 2013 dan bercerai pada Ogos 2022. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie berusia 6 tahun.
Sumber: Nadia Nasimuddin