Anak kepada pasangan pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim sekali lagi mencuri tumpuan warganet, kali ini tentang beg tangan berjenama mewah yang dimilikinya.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Nak Reply WhatsApp Saya Ke Mama?’ – Marissa Dania
Artikel Berkaitan: Aslam Sahkan Berita Kematian Anak – ‘Saya Mohon Agar Semua Tidak Buat Spekulasi Atau Keluarkan Hukum Sewenangnya’
Baru berusia 19 tahun
@mirzanjohor Marissa Dania biar pun masih muda lagi memang amat cantik menawan kan. Kecantikkan mestilah diwarisi daripada kedua ibu bapanya. Tapi kali ni kita nak skodeng koleksi beg beliau. Cantik tak? #marissa #iconluxe #skodeng #harga #luxury #bag
? original sound – MirzanJohor l IconLuxe.my – MirzanJohor l IconLuxe.my
Menerusi video oleh Icon Luxe, usahawan yang terkenal dengan jualan ‘preloved’ beg tangan mewah, Mirzan Johor mendedahkan harga beg tangan dari jenama Dior milik Marissa.
Ini adalah Dior Caro Stone, harga dia tidaklah begitu mahal. Dia muda lagi kan? Di usia muda dia boleh pakai beg berharga RM18,500.
Ketika usia dia 19 tahun dia dapat pakai beg RM19,000, memang kena!
Dalam masa yang sama, Mirzan turut mendedahkan harga sebuah lagi beg tangan Marissa daripada jenama terkenal antarabangsa iaitu Louis Vuitton.
Ini pula adalah Petite Malle, harganya sekarang bapak mahal! Dulu tak silap saya dalam beberapa belas ribu sahaja, dalam RM17,000 ke RM18,000.
Kalau tak silap harganya sekarang RM30,500.
Awak ada cita rasa yang baik kalau awak ada beg ini.
Sekadar info, Marissa kini sering dipilih menjadi model terutama bagi jenama pakaian dan produk lokal.
Sumber: Mirzan Johor