Di TikTok, usahawan terkenal, Datuk Seri Vida kembali mencuri tumpuan netizen apabila memuat naik video sesi membodek anaknya, Cik B ketika sedang membeli belah di sebuah butik mewah, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik B Bagi ‘Green Light’ DSV Kahwin Lagi – ‘Tapi Mama Janganlah Buta Kerana Cinta’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik B & DSV Buat ‘Room Tour’ Hotel Mewah Di Makkah – ‘Kita Dah Bayar Untuk 10 Hari RM420,000’
Minta RM90 ribu nak shopping
Menerusi video tersebut, Vida kelihatan menelefon anaknya itu bagi tujuan meminta izin untuk menggunakan kad bank. Menurut Vida, dia mahu membeli beg dan kasut anggaran RM90 ribu. Oleh sebab itu, dia perlu memujuk dan meminta kebenaran Cik B terlebih dahulu.
Mama telefon Cik B takut dia marah. Mama nak beli beg dan kasut. Sesi pujuk memujuk. Minta kebenaran Cik B dulu. Cik B mama nak beli ni. Cik B bayar untuk mama boleh? Dalam 90 ribu.
Menurut Cik B, dia tidak kisah sekiranya Vida mahu menggunakan kad bank miliknya. Cuma, Cik B sempat memberitahu ibunya bahawa kad bank tersebut mempunyai limit RM100 ribu sehari. Oleh sebab itu, Cik B berharap Vida tidak belanja melebihi amaun tersebut.
Mama janganlah spend sampai 100 ribu. Hari ni 100 esok 100. Mama rileks dulu jangan spend banyak sangat.
Video
@quputehtomatohq Cara bodek duit anak dengan betul ? tq anak mama @cikb_havoc66 #foryoupage #masukberanda #masukfyp #masukberandamuu #fyppppppppppppppppppppppp #fypgakni #dsvkuikhlaskan #dsv #dsvgelak #cikbhavoc
? original sound – EMPAYAR DATO SERI VIDA – EMPAYAR DATO SERI VIDA
Sumber: DSV