Selebriti terkenal, Noor Neelofa, mengakui kehadiran Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail dalam kehidupannya memberi perubahan besar.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lentok Atas Paha Haris, Peminat Suka Tengok Neelofa Bermanja – ‘Isteri Lebih Tua Memang Romantik’
Banyak belajar selepas kahwin
@seorangnur Alhamdulillah, moga Allah sentiasa jaga keluarga kecil Lofa dan Haris ??? #neelofa #harisismail #neelofaharis #bilal #fyp #foryou #fypage #xyzbca ? Instrument Sholawat Sedih – INDRAGE
Ketika siaran langsung di Instagram (IG) bersama aktres Puteri Sarah Liyana, Neelofa menyatakan dia banyak belajar benda baharu dengan Haris selepas mereka berkahwin.
Kata usahawan berumur 33 tahun ini, Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz banyak menyedarkan dirinya tentang aspek kesyukuran.
Saya sangat faham, terutamanya bila awak kata dulu dapat banyak tapi tak pernah rasa cukup.
Dalam kes saya, saya rasa adik-beradik ramai, keluarga besar, jadi mungkin untuk mak ayah fokus dan bercerita tentang kesyukuran ada sesetengah perkara yang tidak dapat difahamkan.
Tapi saya banyak belajar selepas berkahwin daripada suami saya. Dia banyak sedarkan saya tentang aspek kesyukuran.
Kena ada keberkatan
Cerita pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, Haris sentiasa mengingatkan untuk bersyukur dengan setiap rezeki Allah SWT meskipun sebesar zarah.
Haris selalu cakap dekat saya untuk banyak bersyukur. Contohnya, dia kata orang-orang yang minat dan sokong saya, mendoakan saya ini adalah satu rezeki juga.
Saya tak perlu buat banyak kerja, bukannya berlakon 10 filem, 10 drama setahun. Bukannya kena pergi buat appearance setiap bulan, tapi akan ada saja orang yang mendoakan dan minat saya. Itu satu rezeki besar yang Allah kasi.
Haris ini benda paling kecil yang dia dapat pun dia sangat bersyukur dan hargai. Pada saya perkara itu sangat mudah dan biasa tetapi apabila dia zahirkan benda itu dengan penuh rasa bahagia dan syukur terhadap satu perkara jadi lama-lama saya sedar yang mungkin inilah apa yang orang lain akan rasa apabila terima sesuatu.
Dalam pada itu, hos program Next To Neelofa 2 menekankan kemewahan tidak menjanjikan kebahagiaan sebaliknya perlu ‘ditiupkan’ dengan keberkatan.
Secara tak langsung saya banyak belajar cara untuk munasabah dan fikir semula bahawa sebenarnya katakanlah kalau Allah bagi kita rezeki yang besar, duit yang tak pernah putus, berpuluh rumah tapi semua itu belum janji kebahagiaan.
Kebahagiaan akan datang daripada keberkatan dalam punca rezeki dan sifat yang ada rasa syukur.
Terdahulu, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.
Sumber: TikTok @NurNLFH