berita

[VIDEO] Haris Ismail Terima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Neelofa Syukur Siap Hashtag #SuamiMudaKauAda

December 4th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pendakwah bebas dan selebriti, Haris Ismail menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) pada majlis konvokesyen yang berlangsung di International Islamic University Malaysia, pada Ahad.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Risau Tengok Neelofa Berkerusi Roda, Peminat Tanya Hamil Lagi Ke?

Sudah bergelar graduan

Menerusi siaran langsung di Youtube @OfficialIIUM, Haris kelihatan tersenyum manis sejurus nama disebut oleh pengacara majlis.

Haris, 27, menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Majlis Konvokesyen IIUM kali ke-38.

Teman suami

@seorangnur Buat hal dia hari ni ?? Hahaha hashtag tu tak boleh blahh. Lofa menang ?? #neelofa #harisismail #neelofaharis #fyp #foryou #fypage #xyzbca #iiumconvo2022 ? Laughing – Gianluca Marino

Sementara itu, usahawan terkenal Noor Neelofa turut menemani suami tercinta di IIUM. Neelofa, 33, memuat naik rakaman video yang kedengaran suara sorokan ketika Haris berjalan menerima skrol ijazahnya di atas pentas.

Dalam pada itu, di kapsyen Instagram Stories, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor meluahkan rasa syukur atas kejayaan yang diperolehi Haris selepas penat bertungkus lumus.

Terdahulu, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.

Sumber: TikTok @seorangnurYoutube @OfficialIIUM

SKIP THIS AD ×