berita

[VIDEO] Helikopter Terhempas, 2 Cedera, 3 Selamat

March 24th, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Foto: Mohd Redzuan Abdul Manap

Menerusi ciapan tweet wartawan Media Prima, Mohd Redzuan Abdul Manap, dia berkongsi satu insiden yang melibatkan sebuah helikopter yang dilaporkan terhempas di kawasan Lapangan Terbang Subang. Kejadian tersebut dikatakan berlaku kira-kira jam 9.15 pagi tadi.

Artikel Berkaitan: Helikopter Persendirian Terhempas, 2 Mangsa Cedera

Artikel Berkaitan: Orang Awam Kongsi Video Detik Cemas Helikopter Terhempas Di Taman Melawati

Helikopter terhempas

Menurut laporan Harian Metro, dua mangsa mengalami kecederaan manakala tiga yang lain terselamat dalam kemalangan terbabit. Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam memaklumkan pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berhubung kes tersebut pada 9.47 pagi tadi.

Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik dengan lima pegawai dan anggota bergegas ke lokasi. Sebaik tiba di lokasi terdapat lima mangsa dalam keadaan stabil dan helikopter berkenaan tidak mengalami kebakaran.

Ujarnya lagi, seorang lelaki dilaporkan mengalami patah kaki kanan dan seorang lagi mengalami cedera ringan di kaki. Selebihnya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Semua mangsa menerima rawatan awal sebelum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut. Punca kejadian masih dalam siasatan.

Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap & Harian Metro 

SKIP THIS AD ×