Pasangan adik beradik yang juga merupakan aktivis kemanusian, Datin Seri Heliza Helmi dan Hazwani Helmi adalah antara selebriti yang tidak putus menghulurkan bantuan kepada negara sedang bergolak.
Terbaharu, mereka turut memperjuangkan isu peperangan di antara Palestin dan Israel yang sedang berlaku ketika ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Heliza Helmi Menangis Laung ‘Palestine Tunggu Kami Datang’ , Harap Ada Keaijaban Boleh Masuk Gaza
Artikel Berkaitan: ‘Saya Cakap Perkara Benar, Tak Perlu Takut Hilang Punca Rezeki’ – Nadhir Nasar Tetap Lantang Pertahankan Palestin
Israel mahukan tanah Palestin
Ketika ditemui OhBulan! Hazwani berkongsi sebab utama mengapa Israel sangat mahukan tanah Palestin.
Masjidil Aqsa atau Jerusalem itu adalah tanah suci. Kalau ikut sejarah, Nabi Isa tempat baginda pun di situ, Nabi Daud, kisah Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa..banyak nabi sebenarnya di situ.
Itu adalah satu tempat di mana tanah wakaf untuk agama terdahulu dan untuk agama Islam, jadi itulah sebab kenapa mereka nak sangat tanah itu.
Asalnya mereka kata itu adalah tanah yang diwakafkan (bagi pemahaman mereka) adalah untuk agama Yahudi.
Dalam pada itu, Hazwani turut menerangkan bahawa di dalam Al-Quran juga telah menyebut tentang sifat-sifat buruk kaum Yahudi.
Tapi mereka lupa, dalam Al-Quran Allah dah ceritakan tentang mereka yang tidak berpegang kepada janji Allah. Kalau mereka ikut ajaran Allah, maka tanah itu adalah bagi mereka.
Tetapi disebabkan mereka tidak mengikut jalan Allah, maka Allah telah melaknat orang Yahudi. Maka disebabkan itulah mereka tidak dijanjikan mana-mana tanah pun.
Banyak diceritakan dalam Al-Quran mereka ini bersifat pembohong, pembelot..melakukan kemusnahan, kerosakan.
Hazwani berkata demikian sejurus selesai temu bual program Show Dalam Bilik yang mengetengahkan topik khas berkenaan isu peperangan tersebut.
Sementara itu, Heliza atau nama penuhnya Nur Heliza Helmi turut mengecam tindakan Israel yang dilihat tidak mengenang budi walaupun mereka pernah dibantu oleh rakyat Palestin suatu ketika dahulu.
Palestin itu adalah tanah milik umat Islam, yang menceroboh masuk itu adalah Yahudi dan Israel. Palestin memberikan kepada mereka (Israel) ruang untuk berlindung.
Apabila rakyat Palestin mahukan kembali tanah mereka, Israel tidak benarkan dan ambil sedikit demi sedikit.
Aktivis berusia 37 tahun tersebut berkata ketika ini hanya Gaza sahaja yang belum ditakluk oleh Israel. Justeru itu, seluruh umat Islam mahu mempertahankannya.
Satu-satunya tempat yang tidak ditakluk oleh Israel hanyalah Gaza. Jadi itu sahajalah tanah yang kita hendak pertahankan sekarang.
‘From the river to the sea, Palestine will be free’ maksudnya adalah kalau kita tengok peta, daripada Jordan sampai ke laut mediterranean itu sebenarnya Palestin. Palestin itu sebenarnya sangat besar.
Terdahulu, rata-rata ramai artis tempatan dilihat menyatakan solidariti mereka terhadap isu peperangan tersebut dengan mengecam sekeras-kerasnya tindakan zalim tentera Israel.