berita

Video : Hidung Komposer Terkenal Berdarah Digoda Penyanyi K-Pop Wanita

January 2nd, 2013 | by Ai
Video Popular

Jika kita menonton cerita-cerita kartun dari Jepun atau pun Korea atau mungkin anda seorang pembaca komik manga, mungkin situasi hidung berdarah adalah sesuatu yang biasa anda lihat.

Bagi yang tidak tahu, pelukis komik selalu menggambarkan lelaki yang melihat wanita seksi atau mengghairahkan boleh menyebabkan hidung seseorang itu berdarah. Namun, perkara ini benar-benar terjadi ketika sebuah persembahan diadakan didalam rancangan TV, You Hee-Yeol’s Sketchbook.

Gain merupakan ahli kumpulan K-Pop “Brown Eyed Girl” dan telah berduet bersama penyanyi Yoon Jong-Shin untuk lagu hit-nye, The Gaze. Namun pada minit 3.07, darah dari hidung pemain piano, You Hee-Yeol yang juga komposer terkenal dari Korea Selatan telah mengalir ketika Gain menghampirinya.

Mahu tahu apa jadi seterusnya? Mari kita saksikan video penuh dramatik ini!

SKIP THIS AD ×