berita

[Video] Hujan Turun Di Indonesia, Rakyat Gembira, Buat Sujud Syukur

September 24th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Beberapa hari lepas, kita dikejutkan dengan situasi tidak diduga yang berlaku di sebuah wilayah di Indonesia akibat daripada fenomena jerebu. Langit di daerah Muora Jambi, Indonesia bertukar merah dan menimbulkan panik dalam kalangan rakyat bukan sahaja di negara itu malah di Malaysia sendiri.

Bagaimanapun kini, mungkin rakyat di negara itu boleh menarik sedikit nafas lega apabila hujan dikatakan sudah mulai turun di mana ia sedikit sebanyak mampu mengurangkan kesan jerebu.

Sujud syukur

Apa yang lebih mengharukan, rata-rata rakyat Indonesia meluahkan rasa gembira dan bersyukur di atas nikmat yang telah diberikan Tuhan kali ini. Mana tidaknya hujan yang turun pada petang semalam itu dikatakan hadir selepas tiga bulan negara itu mengalami musim kemarau.

Susulan daripada anugerah luar biasa itu, dapat dilihat para petugas yang sedang melakukan operasi memadamkan kebakaran membuat sujud syukur serta-merta.

Menurut laporan portal tempatan, hujan yang turun melibatkan di wilayah Tanjung Jabung Barat dan Tanjung Jabung Timur, Jambi.

Rakyat rakam moment hujan turun

Bukan itu sahaja di Twitter, rakyat Indonesia turut berkongsikan beberapa video yang sempat dirakam saat turunnya hujan di kawasan mereka.

Rata-rata mereka yang menonton video itu berasa tersentuh dan berharap negara itu akan pulih daripada fenomena jerebu dengan secepat mungkin.

Sumber: Twitter CNN Indonesia Daily, Kementerian LHK, BPPT RI, GTV Indonesia News

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×