Pelakon, Hun Haqeem memaklumkan tentang perkembangan terkini kes pembayaran ganti rugi terhadap syarikat Metrowealth International Group (MIG).
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hun Haqeem Terkejut Diminta Bayar Ganti Rugi RM613,960 Kepada MIG
Artikel Berkaitan: Kes Langgar Kontrak, Hun Haqeem Diminta Bayar Ganti Rugi RM613,960 Kepada MIG – ‘Dia Bagai Kacang Lupa Kulit’
Kes berjalan dengan baik
Ketika ditemui OhBulan! Hun atau nama sebenarnya Haqeem Hermy memberitahu bahawa, kes antara dia dengan pihak syarikat tersebut masih berjalan di mahkamah, di mana kedua-dua pihak mahu menyelesaikannya.
Tak banyak sangat yang perlu dikemas kini (update) sebab ianya masih sama. Perkara ini pun dari tahun 2020, sekarang pun dah 2024.
Jadi saya rasa kedua-dua pihak pun mahu selesaikan kes ini. Pada saya ianya berjalan dengan baik sebab prosesnya pun dipermudahkan. Jadi nanti kita tengok apa hasilnya.
Hun berkata demikian seusai majlis tayangan drama Ke Kodiang With Love yang berlangsung di Mid Valley, Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam pada itu, aktor berusia 26 tahun ini memaklumkan hubungannya bersama Pengarah Urusan MIG, Datuk David Teo masih baik malah mereka pernah bertegur sapa di dalam sebuah majlis.
Hubungan kami okay. Sebelum ini kami ada hadiri majlis berbuka puasa bersama-sama dan kami ada berjumpa.
Saya bertanya khabar kepada David dan juga Jane (isteri David).
Pelakon drama Kampung People itu juga berkata berikutan skop industri hiburan tempatan adalah sangat kecil maka mereka tetap akan bertembung di antara satu sama lain.
Macam saya kata sebelum ini pun, industri hiburan ini kecil, jadi pada akhirnya pun kita akan berjumpa dengan satu sama lain juga.
Pada pendapat saya, konflik itu tidak membawa ke mana-mana.
Terdahulu, David Teo mendedahkan mengenai kemenangannya atas kes saman terhadap Hun dan mengatakan pelakon itu diperintahkan Mahkamah Sesyen untuk membayar sejumlah ganti rugi sebanyak RM613,950.
Ganti rugi berkenaan diperintahkan susulan aktor itu didakwa melanggar kontrak dengan MIG.
Hun didakwa keluar daripada syarikat tersebut ketika kontraknya masih berbaki dua tahun. Difahamkan, anak kelahiran Sarawak itu sudah membayar separuh daripada ganti rugi berjumlah RM30,240.
@ohbulanofficial Semoga dipermudahkan urusan ??#ohbulan #fyp #news #davidteo #hunhaqeem