Pasangan artis Hairul Azreen dan Hanis Zalikha antara pasangan romantik yang sering mendapat perhatian pengguna media sosial. Kecomelan dan telatah nakal Yusuf Iskandar turut mencuit hati para peminat.
Terbaru, Hairul Azreen menerusi Twitter memuat naik ucapan dimana sedang menjalani penggambaran dan terpaksa meninggalkan isteri menjaga anak di rumah. Walaubagaimanapun, video tersebut mendapat kritikan netizen yang rata-rata menganggap Hairul ‘tidak menghormati’ isteri.
Video buat isteri saya
Video buat isteri saya pic.twitter.com/fl4BjvjeoT
— Hairul Azreen (@hairulazreen) April 11, 2019
Di dalam video berdurasi 19 saat tersebut, kelihatan Hairul bersama beberapa orang krew di set penggambaran. Dia berpesan supaya isteri menjaga diri serta anak dengan baik sementara dirinya sedang shooting. Di akhir video dia turut menyatakan hasrat untuk membuat anak yang ketiga apabila selesai penggambaran.
Hormat isteri tu
Tak lawak langsung
Sumber: Hairul Azreen