Kini menjadi trend perkahwinan pada usia muda dan memiliki cahaya mata. Buat mereka yang baru mendirikan rumah tangga sudah tentu impikan momen indah bersama pasangan dan anak. Macam-macam perkara yang dibuat untuk membahagiakan anak kecil. Pernah tak korang dsan pasangan luangkan masa untuk dodoikan anak kecil?
Video ini telah tular di negara jiran, Thailand yang menyaksikan pasangan ibu bapa mendodoikan anak dengan nyanyian suara ibu yang merdu, diiringi petikan gitar si ayah. Perghhhh! Memang bayi itu tidur lena dibuai mimpi indah.
“Boon Lam”
“Boon Lam” adalah tajuk lagu ini dimana senikata liriknya dikeluarkan spontan dari nyanyian si ibu. Nyanyian ini merupakan lambang kisah percintaan mereka; dari seorang sahabat hinggalah sah menjadi suami isteri.
Merdunya suara isteri
Lenanya baby itu tidur
Video ini menjadi perhatian netizen di Thailand kerana momen romantis pasangan muda ini mendodoikan anak dengan petikan gitar dan suara merdu ibu dan ayah.
Credit: ???????