Pempengaruh serta usahawan, Siti Jamumall dan personaliti media sosial, Aiman Tak Kesah didakwa sudah mendirikan rumah tangga di Satun, Thailand.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Jamumall Batal Kahwin Dengan Lelaki Lain, Nikah Dengan Aiman Tak Kesah Di Thailand
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Saya Gatal, Saya Dulu Yang Kahwin’ – Siti Jamumall Nafi Cerai Kerana Teman Lelaki
Pesan ibu
@norizanjaaffar Kecoh hari ni kisah siti kawin dgn aiman #sitijamumall #aimantakkesah #sitiaimankahwin
Menerusi video yang dimuat naik oleh ibu Siti iaitu Norizan Jaafar di TikTok, dia mengesahkan tentang status perkahwinan anak perempuannya itu.
Saya ke lapangan terbang hari ini hantar Siti. Dia nak ke Dubai ambil anugerah dan nak kembangkan perniagaannya di sana.
Kecoh hari ini tentang Siti sudah pun berkahwin dengan Aiman. Ya, itu betul bukan drama.
Dalam masa yang sama, Norizan juga menitip nasihat buat Aiman supaya menjadi suami yang baik kepada anak perempuannya itu.
Saya pesan dengan Aiman, jaga Siti baik-baik. Bila Siti dah ada suami saya dah tak risau sangat sebab ada orang yang akan jaga dia.
Siti adalah satu-satunya anak tunggal perempuan saya dan Aiman adalah satu-satunya menantu lelaki yang masuk dalam keluarga.
Sebelum ini saya menerima menantu perempuan, tapi berbeza kali ini saya menerima menantu lelaki pula.
Sebagai seorang ibu, Norizan juga memanjatkan doa agar Siti dan Aiman dapat menempuh alam perkahwinan mereka dengan rasa cinta sehingga ke syurga.
Semoga perkahwinan Siti dengan Aiman akan kekal hingga ke jannah. Saya mendoakan yang baik-baik sahaja untuk mereka. Semoga selamat pergi dan balik.
Tinjauan OhBulan! mendapati pempengaruh berusia 25 tahun tersebut turut meninggalkan komen pada hantaran ibunya.
Saya dah sampai Dubai dengan selamat. Sayang mak, terima kasih di atas doa mu ibu.
Dalam pada itu, warganet juga turut mendoakan agar perkahwinan pasangan itu dilimpahkan dengan kebahagiaan.
Terdahulu, Siti atau nama lengkapnya nama Siti Suriani Wahiddin dijadualkan bakal bernikah dengan seorang lelaki yang baru dikenalinya pada 31 Mei lalu namun terpaksa dibatalkan saat akhir atas faktor peribadi.
Difahamkan, segala persiapan juga sudah dibuat termasuklah memberikan kad jemputan kepada semua tetamu.
Sekadar info, Siti pernah berkahwin sebelum ini namun bercerai selepas empat tahun mendirikan rumah tangga. Hasil daripada perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak lelaki Putra Adam Rizki, 4, dan Putra Aiman Zafran, 2
Sumber: TikTok Norizan Jaaffar